1. This site uses cookies. By continuing to use this site, you are agreeing to our use of cookies. Learn More.
  2. Welcome back! Thank you for being a part of this Traders Community. Let's discuss and share :)
    Selamat datang kembali! Trimakasih telah menjadi bagian dari Komunitas Trader ini. Mari berdiskusi dan berbagi :)
    Dismiss Notice

Analisa Teknikal FXOpen

Discussion in 'Iklan - Advertising' started by scalperfx, 04 Feb 2020.

  1. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Kelemahan dolar greenback didorong oleh tarikan yang makin berkurang akibat perkembangan varian Omicron yang sedikit menggembirakan daripada kajian oleh pakar mengenai beberapa vaksin Covid-19.

    Bertitik tolak daripada hal tersebut, dagangan emas terus mengambil ruang untuk menyinari pasaran setelah terima manfaat daripada kenaikan agresif pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

    Namun pelabur juga dijangka akan mengambil langkah berwaspada berikutan dolar greenback dilihat masih mendapat sokongan daripada kenyataan hawkish yang dilontarkan oleh Federal Reserve (Fed).

    Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD telah menyaksikan kenaikan setelah harga hanya membuat rebounce pada zon RBS (resistance become support) 1780.00.

    Kenaikan tersebut secara tidak langsung telah menyokong harga kembali menerajui zon 1800.00 pada penghujung sesi Rabu sebelum terus bergerak perlahan dan mendatar di sesi Eropah hari ini (Khamis).

    Harga kemungkinan mampu kekal melonjak setelah harga seakan membentuk corak bullish engulfing pada rangka masa mingguan yang dapat memberikan indikasi jelas kepada pengekalan corak uptrend.

    Disebabkan hal itu, pelabur dijangka mengeluarkan sasaran awal untuk harga emas kembali mencapai paras ketinggian yang direkod pada penghujung minggu lalu sekitar 1814.00 untuk sekali lagi diterajui.

    Intihanya zon SBR (support become resistance) 1830.00 kebarangkalian akan menjadi zon yang bakal dicapai andai kata harga terus utuh dalam memapar kenaikan sebelum menutup dagangan minggu ini.

    Dengan nada yang berbeza pula, zon RBS 1780.00 mungkin akan dicecah semula sekiranya pergerakan harga emas kembali peroleh tekanan daripada dolar greenback untuk sekali lagi meneruskan terjunan.

    Terjunan yang lebih drastik sama sekali akan mendorong harga menuju benteng sokongan yang paling kebal pada 1760.00 yang mana ia sering kali memacu kenaikan harga sejak pertengahan Oktober lalu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  2. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Matawang Pound terus tidak melepaskan peluang terhidang untuk mengukuh pada dagangan minggu ini di kala matawang safe-haven termasuk Yen makin kurang mendapat permintaan pasaran ketika ini.

    Hal ini berlaku disebabkan sentimen pasaran yang kembali pulih (risk-on) angkara terdapat beberapa kenyataan dari pakar yang menjelaskan bahawa jangkitan varian Omicron tidak begitu menggusarkan.

    Impak daripada kenyataan Bank of England (BOE) yang membuat langkah kenaikan kadar faedah pada mesyuarat sebelum ini mungkin turut boleh diambil kira sebagai asbab kenapa Pound mampu kukuh.

    Pergerakan harga pada carta GBP/JPY tampaknya terus menonjolkan persembahan cemerlang setelah merekod lonjakan mingguan setakat ini melebihi 300 pips selepas susut pada penghujung minggu lalu.

    Lonjakan tersebut juga sama sekali telah kembali menguji paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu sekitar 152.600-152.000 yang mana ia turut dinilai sebagai zon SBR (support become resistance).

    Bukan itu sahaja, pelabur berkemungkinan bakal menilai reaksi lonjakan itu seakan sedang menunjuk isyarat perubahan trend selepas harga telah pun menembusi trendline resistance di timeframe harian.

    Keadaan ini tentunya akan menyokong pelabur dalam membuat sasaran terawal pada zon berikutnya 153.000 untuk kembali diterajui andai kata pergerakan harga terus cemerlang memapar trend bullish.

    Yakni trend bullish lebih jelas kelihatan berikutan harga terus bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang mungkin akan berupaya memacu lonjakan agresif untuk menuju zon 155.000.

    Namun demikian terdapat juga jangkaan bahawa pergerakan harga berkebarangkalian akan menjejaki semula zon RBS (resistance become support) pada 151.000 sekiranya harga kembali papar penurunan.

    Kecenderungan dalam membuat penurunan harga yang lebih rendah dijangka akan mendorong harga mencecah ke zon sokongan yang paling kukuh sepanjang 9 bulan yang diperhatikan pada zon 149.000.

    Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  3. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Kedudukan raja matawang USD nampaknya sedikit tersungkur dek kerana sentimen pasaran kembali pulih (risk-on) apabila kebanyakan pakar mendapati bahawa jangkitan Omciron tidak lah begitu serius.

    Aspek berkenaan sama sekali telah pun menyumbang kepada keghairan pasaran untuk meningkatkan permintaan minyak mentah global yang mana ia telah mewarnai dolar Kanada untuk kekal mengukuh.

    Namun dalam pada itu, USD juga mungkin mampu untuk memberi kejutan jika dinilai kepada ucapan hawkish yang disampaikan Federal Reserve (Fed) berkaitan langkah tapering yang ingin disegerakan.

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD kelihatan kembali mempamer penurunan hampir 200 pips untuk mencecah semula ke zon 1.28000 setelah mencatat paras tertinggi terbaharu.

    Yakni harga telah pun berjaya mencatat rekod terbaharu dalam tempoh 13 minggu pada paras sekitar 1.29600 yang mana ia juga merupakan benteng sokongan paling kebal pada tahun 2019 dan 2020 lalu.

    Tetapi pergerakan harga di dagangan awal minggu ini (Isnin) tampaknya seakan sedang menghasilkan rentak kenaikan selepas harga telah mula bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

    Faktor ini tentunya secara tidak langsung akan memberi gambaran awal kepada pelabur untuk harga pada carta USD/CAD kembali mempamer kenaikan agresif yang dijangka akan menguji paras 1.28500.

    Keupayaan untuk pergerakan harga mencapai semula ke paras 1.28500 itu sama sekali bakal memberi keyakinan kepada pelabur untuk sekali lagi mencuba zon 1.29000 dalam mengekalkan corak uptrend.

    Namun sebaliknya zon RBS (resistance become support) 1.28000 berkemungkinan akan terus menjadi tumpuan andai kata harga kembali meneruskan penurunan seperti yang dipaparkan pada minggu lalu.

    Penurunan lebih rendah barangkali bakal menekan harga untuk menjejaki semula ke zon RBS 1.27000 dan jangkaan bahawa pergerakan harga mungkin akan mampu susut sehingga zon sokongan 1.26000.

    Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  4. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Pelabur emas menarik nafas lega apabila dagangan pada penghujung minggu lalu menyaksikan emas terselamat daripada mengalami penurunan nilai lebih parah selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diberikan tumpuan.

    Jangkaan untuk melihat laporan yang positif meleset apabila pertambahan pekerjaan di AS pada Disember lebih rendah berbanding jangkaan peningkatan.

    Faktor yang mendorong penyusutan bagi nilai US dolar memberi ruang untuk harga emas kembali melonjak semula pada minggu ini.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga pada mulanya membuat penurunan awal sekitar 1783.00 susulan reaksi terhadap terbitan laporan NFP.

    Harga kemudiannya meningkat sehingga hampir semula menyentuh paras penting 1800.00 sebelum mendatar perlahan di bawahnya ke penghujung sesi.

    Harga mengalami kesukaran untuk menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga dagangan bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini.

    Sesi Eropah melihatkan harga sedikit melepasi halangan MA50 yang berkemungkinan menjadi isyarat awal untuk corak kenaikan harga emas semula.

    Sekiranya harga berjaya melepasi rintangan 1800.00, zon-zon rintangan tumpuan sebelum ini sekitar 1815.00 serta zon rintangan 1830.00 bakal beri reaksi menarik pada kenaikan harga.

    Sementara untuk jangkaan penurunan harga jika diteruskan bakal melepasi zon sokongan pada 1785.00 selepas beberapa minggu zon tersebut berjaya menghalang kejatuhan lebih rendah.

    Penurunan yang diteruskan bakal menuju zon support pada 1760.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  5. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    US dolar kembali paparkan pergerakan suram berbanding Yen selepas berjaya berjaya capai paras tertinggi 5 tahun pada minggu lalu.

    Pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga telah mula paparkan corak yang lebih mendatar selepas mencapai paras ketinggian 116.300 pada Selasa lalu.

    Pelabur mula melihat harga yang kehilangan momentum mula memberi isyarat untuk penurunan harga, dengan paras sokongan terhampir harga pada 115.500.

    Turut memberi petunjuk awal bagi perubahan trend bearish apabila harga bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Namun, harga berkemungkinan boleh kembali meneruskan kenaikan semula sekiranya zon sokongan 115.500 berjaya melonjakkan semula harga lebih tinggi.

    Pelabur akan menilai sentimen pasaran di awal minggu ini dengan memantau beberapa faktor-faktor yang menjadi tumpuan dan boleh mempengaruhi kedua-dua mata wang safe-haven Yen dan US dolar.

    Sekiranya trend bullish harga pada carta USD/JPY bersambung lagi pada minggu ini, paras rintangan 116.300 akan kembali diuji sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

    Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga catat paras ketinggian terbaru lagi selepas paras tertinggi pada dagangan sebelum ini adalah sejak Januari 2017 lalu.

    Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah melepasi paras sokongan 115.500, penurunan seterusnya akan menuju pula paras tumpuan pada kenaikan sebelum ini iaitu sekitar 114.700 dan zon 114.300.

    Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  6. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga masih bergerak dalam trend bullish.

    Kenaikan harga yang dipaparkan sehingga minggu lalu terbatas pada paras rintangan 1.36000 yang merupakan zon tertinggi dicapai harga sejak November.

    Penurunan harga dilihat semalam dari zon 1.36000 sebelum membuat penurunan 70 pips di sesi Eropah sehingga bersambung ke awal sesi New York.

    Selepas turun ke paras sekitar 1.35300, harga meningkat semula di penghujung sesi menuju semula ke zon rintangan 1.36000 bersambung ke sesi pasaran Asia pagi ini (Selasa).

    Pound dijangka akan menantikan terbitan laporan pertumbuhan ekonomi UK pada penghujung minggu untuk reaksi harga yang lebih menarik.

    Sementara itu, tumpuan akan terarah dahulu pada ucapan Jerom Powell hari ini serta laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.



    Sekiranya harga membuat kenaikan lebih tinggi melepasi zon rintangan 1.36000, harga bakal catat paras tertinggi terbaru 10 minggu.

    Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah dilihat pada paras sekitar 1.36500 yang sebelum ini dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) pada dagangan penghujung tahun lalu.

    Namun jika zon 1.36000 tetap gagal ditembusi dan harga menjunam semula, perubahan trend bearish harga mungkin bakal bermula.

    Paras sokongan harga dilihat pada 1.35000 yang berjaya menyokong kenaikan harga minggu lalu.

    Penurunan yang diteruskan akan menuju paras tumpuan pada 1.34000 dan zon SBR (support become resistance) sekitar 1.33500.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  7. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    US dolar pada dagangan awal minggu ini dilihat masih belum memberikan arah pergerakan yang jelas selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan penghujung minggu lalu mengecewakan.

    Sementara pelabur menantikan pula laporan data inflasi AS pada Rabu, US dolar dilihat membuat kenaikan dan penurunan pada sesi pasaran yang berbeza-beza.

    Ucapan Jerome Powell akan menjadi tumpuan para pelabur pada acara pencalonan semula Pengerusi Federal Reserve (Fed) di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat untuk petunjuk bagi dasar monetarinya malam ini.

    Justerut, buat masa ini pelabur akan terus berwaspada terhadap perubahan pergerakan arah harga khususnya buat US dolar.



    Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan corak penurunan semula pada pembukaan pasaran awal minggu semalam, tidak meneruskan lonjakan yang dilakukan pada Jumaat lalu susulan reaksi terhadap laporan NFP.

    Pada dagangan Isnin semalam, harga dilihat mempamerkan penurunan harian sekitar 70 pips sejak sesi Asia bermula sehingga bersambung ke awal sesi New York, menunjukkan US dolar berjaya memberi tekanan terhadap Euro.

    Namun, menuju ke penghujung sesi New York, harga telah pantul membuat kenaikan semula dari paras terendah harian sekitar 1.12870 ke paras sekitar 1.13250 untuk menutup dagangan di sekitar paras tersebut.

    Kembali memberi isyarat untuk corak kenaikan harga apabila harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan menyambung kenaikan pada awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

    Masih lagi zon 1.14000 menjadi sasaran bagi kenaikan yang dijangka bakal diteruskan oleh harga sekiranya US dolar kekal lemah.

    Melepasi rintangan tersebut barulah harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru selepas 8 minggu berkemungkinan menuju paras sekitar 1.14500.

    Sebaliknya jika harga menjunam dengan faktor yang mengukuhkan kembali US dolar, zon support harga berada pada zon sekitar 1.12500-1.12400 akan kembali menjadi tumpuan pada penurunan harga.

    Penurunan yang diteruskan masih lagi dijangka untuk menguji zon support utama harga pada tahun 2021 iaitu sekitar 1.12000.

    Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  8. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Perubahan trend harga disaksikan pelabur pada carta pasangan mata wang USD/JPY apabila corak kenaikan harga gagal dikekalkan pada dagangan awal Januari 2022.

    Pelabur kekal memantau sentimen pasaran semasa yang terus mempengaruhi pergerakan bagi kedua-dua mata wang safe-haven US dolar dan Yen.

    Jika diperhatikan sebelum ini, harga telah bergerak kukuh sehingga mencapai paras tertinggi 5 tahun pada dagangan penghujung tahun 2021 sehingga bersambung pada minggu pertama pembukaan dagangan tahun 2022.

    Namun, harga mula memperlihatkan corak yang lebih menurun selepas paras ketinggian dicapai pada 116.300.

    Pada mulanya penganalisis melihat berlaku pembetulan harga (correction) pada minggu lalu, namun penurunan lebih rendah berlaku memberi isyarat untuk trend bearish bakal bermula.

    Harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sejak penghujung minggu lalu dan bersambung ke minggu ini.

    Minggu ini menyaksikan harga menjunam lebih parah susulan faktor penyusutan US dolar dalam pasaran dan menamatkan cubaan harga untuk mengekalkan trend bullish sebelum ini.

    Pada dagangan Khamis semalam, harga membuat penurunan sehingga ke paras 114.00, dan bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat), penurunan kekal berlanjutan sehingga ke paras sekitar 113.650 setakat sesi Eropah.

    Penurunan harga bakal dijangkakan menuju sehingga ke paras sokongan 113.300 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

    [​IMG]
     
  9. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Tumpuan bagi pelabur Pound akan terarah pada terbitan laporan pertumbuhan ekonomi UK menerusi data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk November 2021 pada sesi Eropah sebentar lagi.

    Untuk sementara itu, Pound terus pamerkan aksi cemerlang khususnya berbanding US dolar yang memberi ruang ekoran penyusutan yang berlaku selepas reaksi terhadap kadar inflasi AS yang melonjak.



    Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah mengekalkan corak kenaikan sehingga dagangan Khamis semalam ke paras ketinggian 1.37400.

    Trend bullish kekal diteruskan untuk beberapa minggu ini dan berkemungkinan boleh bersambung pada minggu hadapan.

    Namun situasi tersebut memerlukan US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran. Jika sebaliknya yang berlaku, penurunan harga bakal disaksikan semula.

    Penurunan harga yang kembali bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk perubahan trend bearish.

    Pelabur akan memberi tumpuan pada paras-paras penting sebelum untuk penurunan harga seperti pada zon 1.36000 atau lebih rendah pada 1.35000.

    Namun, sekiranya harga berterusan membuat kenaikan pada penghujung minggu ini, paras ketinggian tebraru 11 minggu akan terus dicatatkan.

    Sasaran kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju zon 1.38300 yang merupakan zon rintangan pernah diuji pada dagangan Oktober 2021 yang lalu.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  10. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat lebih mendatar pada minggu ini berbanding corak kenaikan harga yang dipamerkan minggu lalu.

    Sentimen pasaran yang berisiko memberi kelebihan kepada aset pelabur selamat seperti emas untuk mencatatkan peningkatan nilainya.

    Namun, tekanan dihadapi ekoran US dolar juga turut mengukuh dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven, disokong oleh lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

    Zon harga 1830.00 masih menjadi halangan untuk kenaikan harga emas pada carta XAU/USD dengan terdapat petunjuk awal untuk pergerakan menurun harga pada minggu ini.

    Harga telah bergerak mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, berlegar di sekitar zon 1815.00.

    Harga dilihat lebih cenderung untuk bergerak lebih rendah menuju semula zon tumpuan pada 1800.00.

    Untuk trend bearish harga yang lebih jelas, selepas penurunan harga di bawah paras 1800.00, zon sokongan harga sebelum ini sekitar 1785.00 dan juga 1760.00 akan kembali menjadi tumpuan.

    Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak semula selepas ‘berehat’ sejak penghujung minggu lalu, kenaikan dilihat akan menguji zon rintangan 1830.00.

    Reaksi harga pada zon tersebut akan memberi isyarat kepada pelabur sama ada harga mampu meneruskan kenaikan lebih tinggi sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu.

    Untuk jangkaan pergerakan menaik harga, paras tumpuan akan terarah sekitar zon 1850.00 dan seterusnya pada 1870.00 yang merupakan zon rintangan yang diuji pada dagangan November lalu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  11. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Sentimen pasaran dinilai kembali berisiko susulan kemerosotan pasaran saham global dengan indeks-indeks utama mengalami penurunan.

    Sementara menjadi tumpuan adalah lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang turut telah menyokong kenaikan nilai US dolar di samping sentimen risk-off.

    Mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand pula kembali alami penyusutan nilai pada minggu ini.

    Seperti yang diteliti pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, pelabur menyaksikan tekanan US dolar ke atas dolar Aussie berbanding minggu sebelum ini.

    Harga telah membuat penurunan dari paras ketinggian 0.73100 yang dicapai Rabu lalu sehingga kembali semula ke zon 0.71800 bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).

    Bagi pelabur Aussie, tumpuan bakal terarah kepada laporan data pekerjaan Australia pada sesi Asia esok hari (Khamis) yang berkemungkinan akan memberi kesan terhadap penyusutan nilai ekoran jangkaan penurunan pada angka pertambahan pekerjaan bulan Disember 2021.

    Sekiranya laporan tersebut kurang memuaskan, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah setelah melepasi zon 0.71800 sebagai zon sokongan semasa buat harga.

    Penurunan lanjut yang diteruskan bakal menguji semula zon sokongan pada 0.71100-0.71000 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Namun, jika harga kembali melonjak semula selepas mendatar di atas zon 0.71800, berkemungkinan akan memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bullish.

    Zon 0.72300 akan menjadi rintangan bagi kenaikan harga sebelum kenaikan yang diteruskan akan menjadikan sasaran seterusnya pada zon 0.72800 dan zon 0.73100 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

    Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  12. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Data sektor pembuatan dan perkhidmatan UK yang diterbitkan pada sesi Eropah petang ini dijangka untuk mempengaruhi pergerakan mata wang Pound dalam pasaran.

    Pound walau bagaimanapun mengalami tekanan berbanding US dolar dengan pengukuhan oleh raja mata wang tersebut menjelang mesyuarat FOMC pada minggu ini.

    Dapat dilihat harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah membuat penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan pada 1.35700 minggu lalu.

    Justeru, pelabur berkemungkinan semakin cenderung untuk menjangkakan penurunan lebih rendah harga akan berlaku pada awal minggu ini.

    Selain itu, harga yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk pergerakan trend bearish.

    Sekiranya US dolar berjaya kukuh pada minggu ini, penurunan lebih rendah akan disaksikan untuk harga menuju paras tumpuan pada 1.35000.

    Untuk penurunan lebih rendah, paras tumpuan seterusnya harga dilihat berada pada zon support sekitar 1.34000.

    Sebaliknya jika harga kembali meningkat semula melepasi paras 1.35700, paras halangan MA50 juga berkemungkinan akan dilepasi untuk harga kembali memberi petunjuk untuk perubahan trend bullish.

    Kenaikan harga seterusnya bakal menguji zon SBR (support become resistance) 1.36500 yang menjadi rintangan harga pada dagangan minggu lalu.

    Kenaikan lebih tinggi pula kemudiannya akan kembali semula ke puncak 1.37400, yang merupakan paras tertinggi dicapai dalam tempoh 11 minggu sejak November lalu.

    Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  13. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    US dolar memulakan dagangan awal minggu dengan pengukuhan pada pembukaan sesi pasaran Asia pagi Isnin selepas menutup dagangan pada penghujung minggu lalu yang suram.

    Penganalisis bakal menjangkakan US dolar bakal mengukuh pada minggu ini menjelang mesyuarat FOMC yang bakal menjadi acara tumpuan penting pada minggu ini.

    Selain itu, krisis Rusia-Ukraine turut mengundang kebimbangan dalam pasaran sekaligus menyokong pengukuhan US dolar sebagai mata wang safe-haven.

    Pada carta harga EUR/USD, harga dilihat telah membuat penurunan ke paras sekitar 1.13000 pada minggu lalu dengan kenaikan terhalang pada rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Kembali memberi isyarat trend bearish, harga bergerak semula di bawah paras halangan MA50 pada penurunan harga di sesi Asia pagi ini bersambung ke pasaran sesi Eropah.

    Penurunan harga yang bakal diteruskan akan menuju paras sokongan sekitar 1.12500-1.12400 untuk catatkan paras terendah terbaru 5 minggu selepas berjaya menyokong harga daripada harga susut lebih rendah pada dagangan Disember lalu.

    Penurunan lebih rendah akan menuju zon support pada 1.12000 yang menjadi zon terendah harga pada dagangan tahun 2021.

    Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon rintangan yang bakal diuji harga dilihat berada pada paras 1.14000.

    Kenaikan lebih tinggi yang berjaya menembusi zon SBR (support become resistance) tersebut akan meneruskan kenaikan menuju paras tumpuan sekitar 1.14500 dan zon ketinggian 1.14800.

    Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  14. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Mengambil kesempatan ke atas US dolar yang kehilangan momentum menjelang mesyuarat FOMC, Pound berjaya melengahkan penurunan harga berbanding raja mata wang tersebut pada sesi New York semalam.

    Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, penurunan harga dilihat berlaku pada awal minggu menyambung corak bearish pada minggu sebelumnya.

    Selepas penurunan harga mencecah paras sekitar 1.34400 pada Selasa semalam,kenaikan harga dapat dilihat kembali melepasi paras 1.3500 yang dilihat sebagai paras rintangan buat harga.

    Selain itu, pergerakan harga pada timeframe 1 jam dilihat sedikit melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat awal perubahan trend boleh berlaku semula.

    Mata wang Pound dijangka akan terus bergerak memberi reaksi terhadap US dolar sebelum bakal dipacu oleh keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) pada minggu hadapan pula.



    Sekiranya harga membuat kenaikan lebih tinggi, rintangan untuk harga uji seterusnya adalah pada zon SBR (support become resistance) 1.35700 sebelum menuju ke zon SBR lebih tinggi iaitu pada 1.36500 untuk kenaikan yang diteruskan.

    Kemudian barulah sasaran akan beralih kembali pada zon rintangan tumpuan 1.37400 yang dicapai pada 2 minggu lalu dan telah mencatatkan paras tertinggi 11 minggu.

    Sebaliknya jika US dolar kekal mendominasi selepas mesyuarat FOMC, harga bakal ditekan lebih rendah menuju paras sokongan pada 1.34000.

    Terus mencatatkan paras terendah terbaru jika penurunan diteruskan, paras sasaran harga dilihat pada 1.33000 selepas melepasi zon 1.33500 sebelum itu.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  15. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya telah kembali menyerlahkan kilauan sinar sebelum ini dengan menghasilkan kenaikan sekitar 300 pips.

    Kenaikan itu juga kelihatan bermula apabila harga emas sekali lagi tidak berupaya untuk melepasi zon sokongan pada 1780.00 yang mana sebelum ini pernah gagal ditembusi ketika penutup dagangan Disember 2021.

    Namun pergerakan harga nampaknya seakan sedang memberi petanda awal untuk harga mempamer isyarat trend bullish setelah harga kekal bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

    Dagangan emas terus memanfaatkan peluang di kala hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) catat kejatuhan serta terbitan data laporan ADP NFP AS bagi sektor swasta yang mengecewakan.

    Laporan itu sedikit sebanyak akan memberi kebimbangan pada penerbitan laporan data NFP AS yang bakal dikeluarkan pada sesi New York (Jumaat).

    Mesyuarat polisi Bank of England (BOE) dan European Central Bank (ECB) kemungkinan akan menjadi tumpuan dek kerana impak keputusan mesyuarat itu mungkin akan menggegarkan pergerakan emas.

    Penganalisis mengeluarkan jangkaan bahawa harga emas barangkali bakal meningkat terlebih dahulu untuk capai paras 1814.00 atau zon SBR (support become resistance) 1830.00 sebelum kembali susut.

    Akan tetapi lonjakan yang lebih garang mengatasi zon SBR berkenaan berkemungkinan akan menepis jangkaan tersebut untuk pergerakan harga terus melonjak uji zon rintangan 1850.00 dan kekal bullish.

    Manakala jikalau harga menyusut semula serta terus mengatasi trendline support itu, kecenderungan untuk harga kembali memapar trend penurunan mungkin akan lebih jelas dalam menguji zon 1780.00.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  16. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada yang diterbitkan baik pada sesi New York (Selasa) nampaknya telah menyokong matawang Kanada untuk kembali kukuh di persada pasaran kewangan.

    Tambahan pula, lonjakan harga minyak ke paras tertinggi yang terbaharu berikutan keputusan OPEC yang mengekalkan kadar pengeluaran minyak juga sedikit sebanyak memberi sokongan pada matawang Kanada.

    Bagaimanapun tunjang utama yang bakal dinantikan oleh kebanyakan pelabur adalah laporan pekerjaan Kanada serta laporan data NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan Jumaat ini.

    Meneliti kepada carta harga pasangan matawang USD/CAD, harga kelihatan telah kembali mencapai paras ketinggian yang dicatat pada awal Januari sekitar 1.28000 sebelum memapar semula terjunan.

    Terjunan yang menghampiri 150 pips dilihat menguji semula paras 1.26500 dan kekal didagangkan di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

    Pergerakan harga di bawah paras rintangan berkenaan juga serba sedikit memberi isyarat awal untuk harga membuat perubahan trend bearish setelah harga cemerlang memapar kenaikan lebih 300 pips.

    Sandaran seterusnya berkebarangkalian bakal diletakkan pada zon RBS (resistance become support) 1.26000 yang dijangka akan dijejaki andai kata harga terus utuh menterjemah trend bearish harga.

    Penurunan lebih secara tidak langsung bakal mendorong harga untuk mencecah zon sokongan serta paras terendah 2022 sekitar 1.24560 yang juga membantu lonjakan harga pada pertengahan Januari.

    Namun sekiranya pergerakan harga mempersembahkan semula prestasi cemerlang dalam membuat kenaikan, maka zon rintangan 1.27000 mungkin akan diuji dahulu sebelum menggapai zon 1.28000.

    Rekod ketinggian 5 minggu yang terbaharu mungkin akan tercipta sekiranya harga berjaya memapar aksi lonjakan yang lebih garang lagi jika terus mendapat sokongan daripada kenaikan harga minyak.

    Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  17. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Pound Sterling bergerak lebih suram sejak awal minggu ini, berbeza berbanding prestasi cemerlang dipamerkan pada minggu lalu.

    Pelabur walau bagaimanapun masih melihat pengukuhan Pound bakal berlaku semula selepas Bank of England (BOE) sudah memulakan langkah pengetatan polisinya dengan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat minggu lalu.

    Bergerak lemah pada pembukaan dagangan awal minggu, Pound dilihat cuba untuk meningkat lebih tinggi berbanding US dolar yang kini lebih suram menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.



    Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah susut ke paras 1.35000 pada Isnin lalu selepas penurunan harga dari zon ketinggian 1.36200 yang dicapai susulan keputusan mesyuarat BOE.

    Selepas corak penurunan dipamerkan di awal minggu, harga mula menunjukkan kenaikan semalam namun tidak berjaya melepasi paras 1.35600.

    Kenaikan awal harga yang melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kembali memberi isyarat untuk peningkatan harga semula.

    Paras 1.35700 dilihat menjadi rintangan buat harga sebelum harga meneruskan kenaikan menguji zon ketinggian dicapai minggu lalu.

    Zon support become resistance (SBR) pada ketinggian 1.36500 menjadi sasaran harga untuk kenaikan lebih tinggi untuk catatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

    Pelabur Pound akan menantikan ucapan Gabenor BOE, Andrew Bailey pada Khamis serta data pertumbuhan ekonomi UK pada Jumaat.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  18. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Tiada perubahan yang ketara dalam pasaran kewangan sejak awal minggu dengan pergerakan harga pada carta-carta utama kekal perlahan dan mendatar.

    US dolar masih buntu untuk meneruskan pengukuhan yang tercetus pada penghujung dagangan minggu lalu ketika laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

    Pergerakan suram US dolar dilihat didorong oleh pelabur yang waspada menantikan keputusan laporan inflasi AS pula pada minggu ini.

    Mata wang Eropah turut kehilangan momentum pada minggu ini selepas berjaya paparkan prestasi yang meyakinkan pada minggu lalu disokong oleh keputusan mesyuarat oleh bank pusat yang hawkish.

    Namun, Euro sedikit tertekan pada minggu ini berikutan kenyataan oleh ahli bank pusat Eropah (ECB) Francois Villeroy yang menyatakan pasaran berkemungkinan terlalu memberikan reaksi yang berlebihan terhadap kenyataan Presiden ECB Christine Lagarde minggu lalu.

    Malah, Lagarde sendiri turut menyatakan bahawa tidak perlu untuk tindakan pengetatan dasar secara besar-besaran. Ini kembali meredakan spekulasi untuk jangkaan pengukuhan Euro dalam tempoh terdekat.



    Justeru pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD mula menampilkan corak penurunan harga semula selepas mencapai paras ketinggian 1.14800 pada minggu lalu.

    Penurunan harga telah dilihat kembali ke paras 1.14000 untuk harga menguji zon sokongan tersebut setakat dagangan Selasa semalam.

    Harga yang berlegar di atas paras tersebut masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat pergerakan harga masih bearish.

    Penurunan harga boleh berlaku sekiranya US dolar berjaya mengukuh semula untuk menekan harga menembusi sokongan 1.14000 dan mencatatkan paras terendah terbaru minggu ini.

    Zon sekitar 1.12700 dilihat menjadi zon penting yang akan dituju harga pada penurunan yang diteruskan sebelum ke paras sekitar 1.12000 atau lebih rendah pada zon support 1.11300.

    Sebaliknya untuk jangkaan pergerakan menaik harga pula, jika harga berjaya melonjak lebih tinggi melepasi 1.14500, zon ketinggian 1.14800 bakal diuji lagi pada minggu ini.

    Seterusnya, kenaikan harga akan mensasarkan ke paras 1.15300 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 13 minggu.

    Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  19. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Masih belum mengalah, emas kekal pamerkan peningkatan nilainya menuju ke dagangan penghujung minggu ini.

    Menepati jangkaan penganalisis, carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memperlihatkan harga meningkat melepasi paras sasaran 1830.00.

    Sejak awal minggu, harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat pergerakan trend bullish buat emas.

    Pada dagangan Rabu semalam, harga mengekalkan corak kenaikan dan berjaya melepasi paras 1830.00 pada sesi New York.

    Meneruskan kenaikan ke paras ketinggian sekitar 1835.00, harga mula mendatar di sekitar tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah hari ini (Khamis).

    Dengan corak positif kenaikan harga yang ditampilkan, pelabur meletakkan harapan untuk melihat harga emas menutup dagangan minggu ini di paras lebih tinggi.

    Jangkaan kenaikan harga emas bakal menuju zon rintangan pada 1850.00 yang diuji pada dagangan penghujung Januari lalu sebelum membuat terjunan harga selepasnya.

    Namun begitu, pelabur tetap berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam pasaran dengan tumpuan akan terarah pada terbitan data inflasi AS pada sesi New York sebentar lagi.

    Jika harga emas kembali menjunam semula di bawah paras sokongan MA50 dan juga paras 1830.00, pelabur bakal bersedia untuk perubahan trend bearish buat emas.

    Penurunan awal bakal menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1812.00 sebelum menuju paras penting pada 1800.00.

    Penurunan yang masih diteruskan lebih rendah bakal kembali semula ke zon support 1780.00 yang dicecah harga pada penghujung Januari.

    Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  20. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Walaupun prestasi dagangan mata wang Pound pada minggu ini dilihat lebih suram berbanding minggu lalu, namun Pound masih berjaya bergerak lebih baik berbanding mata wang Yen.

    Sentimen risk-on pasaran dengan pemulihan pada pasaran global mempengaruhi penurunan pada nilai semasa Yen ekoran kehilangan tarikan pelabur terhadap mata wang safe-haven tersebut.

    Justeru, disebabkan itu harga pada carta harga pasangan GBP/JPY masih menunjukkan corak kenaikan yang lebih positif berbanding GBP/USD.

    Bagi pergerakan mata wang Pound minggu ini, pelabur menantikan ucapan oleh Gabenor bank pusat England (BOE), Andrew Bailey serta data pertumbuhan ekonomi UK untuk dinilai bagi menjangkakan arah Pound pada penutup dagangan penghujung minggu.

    Trend bullish harga pada carta GBB/JPY masih berjaya dikekalkan memasuki minggu ketiga selepas harga telah berjaya melonjak dari zon support 153.00 sebelum ini.

    Paras ketinggian terbaru 3 minggu dicatatkan pada Rabu semalam mencapai paras sekitar 156.800 selepas kenaikan pada sesi Eropah, namun harga susut semula dari paras ketinggian tersebut sehingga ke penghujung sesi New York.

    Peningkatan harga dapat dilihat pada dagangan hari ini (Khamis) di sesi Asia dan bersambung pada sesi Eropah, tetapi pada kadar yang lemah.

    Namun untuk menjangkakan pergerakan harga bakal diteruskan pada trend bullish, sasaran harga berkemungkinan menuju sehingga ketinggian sekitar 157.700.

    Paras tersebut merupakan zon rintangan harga yang turut diuji pada Januari lalu selama 2 minggu berturut-turut namun gagal harga lepasinya.

    Sementara untuk penurunan harga yang berlaku pula, selepas isyarat awal untuk perubahan trend bearish, harga dijangkakan untuk menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 155.200.

    Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut akan mendorong jangkaan untuk harga kembali semula ke zon support 153.00 sebelum ini.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     

Share This Page