1. This site uses cookies. By continuing to use this site, you are agreeing to our use of cookies. Learn More.
  2. Welcome back! Thank you for being a part of this Traders Community. Let's discuss and share :)
    Selamat datang kembali! Trimakasih telah menjadi bagian dari Komunitas Trader ini. Mari berdiskusi dan berbagi :)
    Dismiss Notice

Analisa Teknikal FXOpen

Discussion in 'Iklan - Advertising' started by scalperfx, 04 Feb 2020.

  1. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Penurunan pada hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang mendorong penyusutan nilai US dolar telah membuka ruang untuk dagangan emas kembali mencatatkan peningkatan semula semalam.

    Jika diteliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menunjukkan pergerakan positif pada sesi Eropah semalam hingga ke penghujung sesi New York dengan corak kenaikan yang dipamerkan.

    Pelabur emas menarik nafas lega apabila emas bertahan daripada meneruskan kejatuhan setelah didorong oleh hasil bon AS yang telah membuat penurunan selepas memuncak pada awal minggu ini kepada 3.00% kemudiannya susut semula di bawah paras tersebut.

    Pelabur semakin berjaga-jaga terhadap data inflasi AS yang bakal diterbitkan pada Jumaat ini dan pertumbuhan global yang perlahan di tengah-tengah pengetatan agresif daripada bank pusat utama.

    Selain daripada itu, laporan bank dunia yang telah menurunkan unjuran KDNK global tahun ini kepada 2.9% daripada 4.1% boleh menyebabkan beberapa negara terjerumus ke dalam krisis hutang seperti yang dilihat pada 1980-an.

    Faktor-faktor ini dipantau pelabur yang dilihat boleh mempengaruhi perubahan nilai emas semasa dalam pasaran.

    Emas telah mencatatkan enaikan harian sekitar 180 pips semalam membuatkan logam kuning itu menguji semula zon halangan 1850.00.

    Sekiranya corak kenaikan tersebut masih berjaya dikekalkan, harga dilihat bakal menguji zon resistance pada 1870.00 yang menjadi rintangan penting diuji pada 2 minggu berturut-turut sebelum ini.

    Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mencatatkan harga tertinggi terbaru emas untuk tempoh 5 minggu dengan sasaran seterusnya untuk menuju zon 1900.00.

    Sebaliknya jika harga emas membuat penurunan, trend bearish harga berkemungkinan akan diteruskan dan zon RBS (resistance become support) 1830.00 akan kembali diuji.

    Berjaya melepasi zon tersebut akan mendorong harga emas untuk harga catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  2. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Pengukuhan US dolar dilihat berterusan menambah tekanan buat dagangan emas pada dagangan Selasa semalam, namun harga emas mula menunjukkan peningkatan semula pada dagangan hari ini (Rabu).

    Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga pada mulanya paparkan kenaikan ke paras 1830.00 telah kembali susut semula menyambung penurunan pada sesi Eropah bersambung sehingga sesi New York.

    Didorong oleh pengukuhan US dolar pada sesi New York, data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan untuk bulan Mei masih menunjukkan risiko inflasi dengan bacaan mencapai jangkaan 0.8% mengatasi bacaan bulan sebelumnya 0.5%.

    Emas yang terus gagal mengintai peluang untuk meningkat terus terperosok lebih rendah sehingga mencecah ke paras sekitar 1805.00 sehingga dagangan penghujung sesi New York berikutan peningkatan hasil bon AS dan pengukuhan US dolar menjelang mesyuarat FOMC.

    Diramalkan US dolar akan terus meningkat menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, di mana Federal Reserve (Fed) berkemungkinan bakal melaksanakan kenaikan kadar faedah sehingga 75 mata asas.

    Harga pada carta XAU/USD di sesi Asia pagi ini telah menunjukkan kenaikan semula namun masih berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat pergerakan harga masih dalam trend bearish buat emas.

    Kenaikan harga dilihat akan berdepan rintangan pada zon RBS (resistance become support) 1830.00 yang turut diuji pada Selasa semalam. Kenaikan melepasi paras tersebut akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend semula.

    Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan seterusnya akan mensasarkan semula pada zon-zon tumpuan sebelum ini seperti pada 1850.00 atau lebih tinggi menuju semula zon rintangan 1870.00.

    Sebaliknya, jika penurunan harga emas masih lagi berlaku hari ini, penurunan harga berkemungkinan bakal mencecah zon support pada 1800.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  3. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Tahukah anda pengukuhan ketara US dolar telah mendorong harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY telah mencapai paras ketinggian terbaru sejak 1998?

    US dolar masih lagi mengekalkan momentum lonjakan harga yang tercetus pada minggu lalu menjelang keputusan mesyuarat FOMC dengan jangkaan kenaikan kadar faedah agresif akan diteruskan oleh Federal Reserve (Fed).

    Sementara mata wang Yen Jepun pula kekal bergerak lemah ekoran pandangan bank pusat Jepun (BOJ) yang masih mengekalkalkan pelonggaran polisi untuk menyokong ekonomi negara matahari terbit itu.

    Carta harga USD/JPY masih lagi dilihat meneruskan kenaikan walaupun momentum sedikit perlahan berbanding pergerakan agresif pada minggu-minggu sebelum ini.

    Pergerakan harga pada Selasa semalam telah berjaya melepasi paras rintangan pada 135.00 untuk mencapai ketinggian terbaru pada kenaikan yang diteruskan mencapai sekitar 135.580.

    Ini merupakan paras tertinggi harga yang pernah dicapai sejak tahun 1998 selepas sedikit sahaja mengatasi ketinggian pada 2002 yang juga berada pada zon rintangan yang sama.

    Pergerakan harga kekal dengan corak bullish dengan isyarat harga yang berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY.

    Penurunan harga dipaparkan pada dagangan hari ini (Rabu), bermula pada sesi Asia bersambung ke sesi Eropah, namun harga masih belum melepasi paras sokongan pada MA50 setelah susut sedikit di bawah paras 135.00.

    Kenaikan harga akan terus dijangkakan untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi setelah mencapai paras tertinggi 24 tahun.

    Sasaran kenaikan harga seterusnya berkemungkinan akan menuju ke paras sekitar 137.00 pula.

    Namun jika harga sudah penat mendaki dan mula memberi petanda untuk mengalami kejatuhan semula, pelabur perlu waspada untuk perubahan trend harga yang bakal berlaku.

    Penurunan harga dilihat boleh susut semula sehingga mencecah paras 132.00 atau zon tumpuan pada 131.00.

    Mesyuarat polisi BOJ akan jadi tumpuan pada penghujung minggu selepas tumpuan akan diberikan dahulu kepada mesyuarat FOMC.

    Lihat gambar carta harga pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

    [​IMG]
     
  4. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    US dolar dilihat kekal bergerak lemah di awal sesi Asia pagi ini, ekoran reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC pada minggu lalu. Namun dilihat pada Jumaat lalu US dolar mula menunjukkan sedikit kenaikan nilainya ekoran jangkaan berlaku aktiviti profit taking oleh para pelabur di penghujung minggu.

    Antara faktor lain dilihat yang boleh mempengaruhi pergerakan US dolar pada minggu ini adalah laporan perkembangan tarif terhadap barangan China yang sedang dipertimbangkan untuk dihapuskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.

    Sematara US dolar susut minggu lalu, kebanyakan mata wang utama termasuk Pound dilihat berjaya mengambil peluang untuk membuat kenaikan untuk memberi isyarat perubahan arah pergerakan pada carta harga untuk minggu ini pula.

    Kenaikan kadar faedah yang dilakukan oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi minggu lalu telah membuatkan mata wang Pound melonjak ketara pada dagangan Khamis yang lalu, namun momentum lonjakan tersebut gagal dikekalkan di penghujung minggu.

    Bersambung pada dagangan minggu ini pula, pelabur akan menunggu data inflasi UK yang bakal diterbitkan pada Rabu, dan sekiranya bacaan inflasi tersebut mencapai jangkaan dilihat bakal membolehkan mata wang Pound untuk terus menguat.



    Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga dilihat telah membuat penurunan semula pada penghujung sesi dagangan minggu lepas pada Jumaat selepas lonjakan ketara pada Khamis mencapai paras ketinggian pada 1.24000. Namun, penurunan harga dilihat berlaku semula menguji zon RBS (resistance become support) 1.22000.

    Sesi Asia pada pembukaan pasaran awal minggu ini menyaksikan harga berjaya untuk kekal berada di atas zon 1.22000 namun masih belum melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberikan isyarat lebih positif untuk pergerakan bullish.

    Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, harga dilihat bakal menguji rintangan awal pada 1.2300 sebelum kembali paras 1.24000 yang dicapai pada minggu lalu.

    Untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan, melepasi paras tersebut akan mensasarkan harga selanjutnya menuju ke zon tumpuan sebelum ini pada sekitar 1.25000 atau pada 1.26000.

    Sebaliknya, jika harga tidak berjaya meneruskan kenaikan pada awal minggu ini, harga berkemungkinan akan bergerak susut di bawah zon RBS 1.22000 sebelum menyambung penurunan lebih rendah ke sekitar zon 1.21000.

    Untuk penurunan lebih rendah pula, sasaran seterusnya adalah untuk harga menguji zon support 1.20000 selepas harga yang membuat penurunan minggu lalu dilihat telah mencecah ke paras 1.19400 bagi rekod terendah harga 2 tahun.

    Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  5. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Jika Berjaya Melonjak Lagi, USD/JPY Bakal Pecahkan Rekod Tertinggi 20 Tahun

    Pergerakan harga bagi carta pasangan mata wang safe-haven USD/JPY bergerak mendatar sepanjang hari semalam memulakan dagangan awal minggu ini.

    Harga dilihat ‘berehat’ di zon 135.00 selepas lonjakan berlaku di penghujung minggu lalu kembali menguji semula zon rintangan tersebut.

    Pada mulanya harga membuat penurunan dahulu susulan reaksi keputusan mesyuarat FOMC yang menyaksikan US dolar melemah dan mendorong harga menjunam di bawah zon 132.00.

    Namun harga melonjak semula dari zon tersebut pada Jumaat dengan keputusan mesyuarat bank pusat Jepun (BOJ) yang mengekalkan kadar faedah dan isyarat dasar monetari yang longgar membuatkan mata wang Yen terus melemah.

    Harga yang meningkat semula ke zon 135.00 tersebut dilihat turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk kembali memberi petunjuk bagi pergerakan bullish.

    Bersambung sehingga ke sesi Asia pagi ini (Selasa), harga masih kekal bergerak perlahan dan mendatar pada zon 135.00 menantikan isyarat bagi arah pergerakan harga selanjutnya.

    Zon 135.00 ini merupakan ketinggian yang dicapai minggu lalu, dengan rekod tertinggi harga sejak tahun 2002!

    Rekod tersebut bakal dipecahkan lagi minggu ini sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan sasaran seterusnya untuk mencapai sekitar 137.00 pula.

    Sebaliknya jika harga tetap gagal untuk melepasi zon rintangan 135.00 seperti situasi minggu lalu, berkemungkinan pelabur akan menyaksikan berlaku penurunan harga semula minggu ini dari zon tersebut.

    Penurunan harga bakal kembali menuju zon sokongan pada 132.00 semula, iaitu zon yang dicecah pada reaksi harga ketika mesyuarat FOMC.

    Untuk penurunan lebih rendah meneruskan pergerakan bearish harga, zon tumpuan terdahulu seperti pada 129.300 dan 128.000 akan kembali menjadi sasaran harga.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  6. scalperfx

    scalperfx Member Credit Hunter

    Equity
    Credit
    Ref Point
    Pasti ada percaturan strategi dagangan pelabur untuk carta harga pasangan mata wang AUD/USD yang tidak menjadi disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhi dagangan di penghujung minggu ini.

    Setelah pergerakan mendatar harga di paparkan pada Khamis semalam, harga menunjukkan penurunan ketara pada hari ini (Jumaat) bagi memulakan dagangan awal Julai dengan suram.

    Jangkaan penganalisis meleset yang menjangkakan dolar Australia untuk melonjak selepas petunjuk terbaru dari bank pusat Australia (RBA) untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, kenaikan terbesar untuk 2 mesyuarat berturut-turut yang bakal dilaksanakan sejak 1990.

    Harga yang dijangkakan untuk meningkat pada carta AUD/USD sebaliknya pamerkan penurunan yang ketara dengan pengukuhan semula US dolar.

    Situasi ini masih menunjukkan sentimen pasaran yang kekal berisiko, memberi kelebihan pada dagangan safe-haven seperti US dolar sementara mata wang berpulangan tinggi seperti dolar Australia mengalami penyusutan.

    Memantau pergerakan harga semalam, paras 0.69000 diuji yang menjadi rintangan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi selepas melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Bergelut untuk melepasi paras 0.69000 kemudiannya menyaksikan harga membuat terjunan semula pada hari ini, malah telah mengatasi paras terendah harga pada pertengahan Jun lalu.

    Setakat awal sesi Eropah, harga telah mencecah paras sekitar 0.68200 sekaligus merekodkan paras terendah terbaru 2 tahun untuk carta AUD/USD.

    Jika penurunan masih berjaya diteruskan, harga bakal menuju ke paras sasaran terendah terbaru pula berkemungkinan sekitar 0.67000.

    Namun, sekiranya berlaku kenaikan semula harga, rintangan pada 0.69000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji.

    Melepasi paras tersebut akan memberi jangkaan untuk pergerakan bullish semula harga seterusnya boleh meningkat ke zon 0.7000 kembali.

    Pelabur akan berwaspada untuk pergerakan dolar Australia menantikan keputusan mesyuarat polisi RBA pada minggu hadapan.

    Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    [​IMG]
     
  7. andengireng

    andengireng Member

    Equity
    Credit
    Ref Point
    [​IMG]

    GBPNZD hari ini kita lihat harga sedang dalam kondisi bullish / naik, maka dari itu silahkan Anda membuka posisi buy saat harga menembus titik resistance di 1.9418 dengan TP sebanyak 50 pips keatas
     

Share This Page